Tuesday, December 19, 2017

Ku Tinggalkan Bandar Ini

Ku tinggalkan bandar ini Langkah-langkah berat membuka belenggu masa Tanpa menoleh pada keringnya luka Tanpa meratap hilangnya sahabat-sahabat fana
Ku tinggalkan bandar ini Di pinggir pancuran sungai ke muara Dulunya lemas tatkala rintik-rintik tiba Menghirup keringnya debu-debu ditiup senjakala
Ku tinggalkan bandar ini Sepoi-sepoi kemodenan menongkat zaman Anak-anak muda bangsa menimba dada dan minda Dibimbing warga-warga tinggi bicara
Ku tinggalkan bandar ini Membawa bersama tekad semalam Berbekalkan waja dijamah keringat Mengheret gelak tangis kuderat persahabatan
Ku tinggalkan bandar ini Tulus sudah tugasan bakti ku bina Mengutus satu ikatan wasiat dan doa Semoga yang bertapak pantas dewasa
September 2013 - Disember 2017