Tuesday, June 28, 2005

Makan Kurma

Inilah kali pertama saya makan buah kurma 'fresh' dari pokok. Actually kena tunggu sehari untuk buah buah yang kuning kemerah-merahan tu bertukar warna coklat. Buah kurma kat ladang Al Khawaneej nih rendah rendah sahaja setakat tinggi 3 kaki. (refer gambar kat fotopages) Mungkin pokok 'tut' kot? Eh! Boleh ker pokok kurma di 'tut'kan? hmmmm Satu persoalan yang perlu jawaban. Kena tanya expert, sapa lagi kalau bukan my beloved little sister yang baru balik dari Jepun amik Horticulture Course tu ler! Tapi tak jugak yek, Negeri Jepun mana ada pokok Kurma daaa.
Minta maaf sebab dah lama tak buat entry, bukan apa cuma means sahaja tak der. InsyaAllah saya akan teruskan menulis selagi ada kederat. And mesti ada yang surprised jugak sebab my entry kali nih dalam bahasa rojak. Bukan apa.. nak cepat. Pakai Dial-Up ler katakan.
Maa Salamaa