Ku Tinggalkan Bandar Ini
Ku tinggalkan bandar ini
Langkah-langkah berat membuka belenggu masa
Tanpa menoleh pada keringnya luka
Tanpa meratap hilangnya sahabat-sahabat fana
Ku tinggalkan bandar ini
Di pinggir pancuran sungai ke muara
Dulunya lemas tatkala rintik-rintik tiba
Menghirup keringnya debu-debu ditiup senjakala
Ku tinggalkan bandar ini
Sepoi-sepoi kemodenan menongkat zaman
Anak-anak muda bangsa menimba dada dan minda
Dibimbing warga-warga tinggi bicara
Ku tinggalkan bandar ini
Membawa bersama tekad semalam
Berbekalkan waja dijamah keringat
Mengheret gelak tangis kuderat persahabatan
Ku tinggalkan bandar ini
Tulus sudah tugasan bakti ku bina
Mengutus satu ikatan wasiat dan doa
Semoga yang bertapak pantas dewasa
September 2013 - Disember 2017